Minggu, 07 Februari 2016

Perbedaan antara Waliyullaah dengan Wali Syaithon

~''الفرقان بين أولياء الرحمن وأولياء الشيطان "~
'' Perbedaan antara Waliyullaah dengan Wali Syaithon''

Bismillaah bi-idznillaah

Postingan ini sekaligus sebagai tanggapan tautan pada : https://m.facebook.com/story.php…

( ومن أصول أهل السنة : التصديق بكرامات الأولياء وما يجري الله على أيديهم من خوارق العادات في أنواع العلوم والمكاشفات وأنواع القدرة والتأثيرات ، كالمأثور عن سالف الأمم في سورة الكهف وغيرها ، وعن صدر هذه الأمة من الصحابة والتابعين وسائر قرون الأمة ، وهي موجودة فيها [ ص: 287 ] إلى يوم القيامة ) .
[ العقيدة الواسطية » شرح العقيدة الواسطية » أصول أهل السنة والجماعة الدين والإيمان قول وعمل » من أصول أهل السنة والجماعة التصديق بكرامات الأولياء]
“Termasuk prinsip ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah adalah membenarkan adanya karomah para wali dan kejadian-kejadian luar biasa yang Allaah tunjukkan melalui mereka dalam berbagai bentuk ilmu dan mukasyafah, dalam berbagai jenis qudrot dan pengaruh, seperti yang diriwayatkan dari umat-umat terdahulu dalam (al Qur-aan) Surat al-Kahfi dan selainnya, dan dari generasi awal umat ini, iaitu para shochabat, tabi’in, serta generasi-generasi umat yang lain. Karomah tetap akan ada di setiap umat sehinggalah ke hari Kiamat.”[Syarh Aqidatul Waasithiyah : Ushul Ahlussunnah wal Jama'ah, agama dan iman, ucapan dan amal : Kebenaran Karomah Awliya : 287]

Sebagaimana kita ketahui bahawa Kiai ataupun Habaib adalah sosok yang sangat dihurmati di kalangan Aswaja kerna kedekatan beliau-beliau ini dengan Allaah Subchaanahu wa Ta'aalaa dan peranannya dalam penegakan panji-panji Islam. Namun disebalik itu, tetaplah tak bisa lepas dari hukum alam. Ada beberapa saudara Muslim atau bisa dikatakan sebuah sekte yang belum bisa menerima kehadiran kedua 'Ulama tadi.
Beberapa alasan yang dijadikan sebab penolakan mereka, diantaranya adalah permasalahan ''Karomah''. Para Kiai dan Habaib sebagai Muchyiddin, beliau-beliau ini ada yang dianugerahi-Nya sebuah kemuliaan fid dunya berupa keramat atau karomah. Namun beberapa pribadi yang bukan dari golongan keduanya ini juga ada yang diberikan-Nya kemampuan mirip dengan karomah yang disebut istidroj.
Kemungkinan besar sebab munculnya ''penolakan'' yang ditunjukkan oleh saudara-saudarakita tadi adalah kerna kesalahan dalam membedakan antara karomah dengan istidroj. Maka daripada itu, besar harapan kami agar tulisan ini benar-benar diperhatikan, singkirkan terlebih dahulu segala bentuk fanatik kerna Islam adalah agama yang hanya bisa diterima oleh orang-orang yang lapang dada. Setiap kesalahan mohon untuk diluruskan.

* Perbezaan Karomah dan Istidroj

قال ابن أبي العز في الشرح : (( فالمعجزة في اللغة تعم كل خارق للعادة و كذلك الكرامة في عرف أئمة أهل العلم المتقدمين .

ولكن كثير من المتأخرين يفرقون في اللفظ بينهما فيجعلون المعجزة للنبي والكرامة للولي وجماعها الأمر الخارق للعادة .
Berkata Ibn Abil 'Izz dalam Syarah :“Mu'jizat menurut bahasa meliputi segala kemampuan atau keupayaan luar biasa. Demikian juga halnya dengan karomah menurut bahasa yang lazim di kalangan para Imam ahli ilmu terdahulu. Hanya saja kemudian banyak di kalangan muta’akhirin yang membezakan di antara keduanya. Mereka menjadikan kata “mu'jizat” itu khusus untuk para Nabi, dan kata “karomah” itu untuk para wali. Sedangkan kedua-duanya adalah sama-sama merujuk kepada kemampuan diluar kebiasaan.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thohawiyah, m/s. 207 – Tahqiq Achmad Muchammad Syakir)

Menurut al Imam al Qusyairi, karomah merupakan tanda-tanda kebenaran sikap dan kelakuan seseorang. Barangsiapa yang tidak benar sikap dan kelakuannya, maka tidak dapat menunjukkan kekaromahannya.Dan Allaah Yang Maha Qodim memberi tahu kepada kita agar membedakan orang yang benar dan mana yang bathil. [Abul Qosim Abdul Karim Hawazim Qusyairi Naisabury, Risalatul Qusyairiyyah, Darr al-Khoir : 353]

Dalam Syarh al-Hikam Disebutkan :
قال ابن عطاء الله السكندي رحمه الله تعالى: ربما رُزِق الكرامةَ مَنْ لم تكملْ له الاستقامة.

يعني: أن الكرامة التي هي الأمر الخارق للعادة لا عبرة بها عند المحققين، وإنما الكرامة الحقيقية هي الاستقامة[1] . ومرجعها إلى أمرين: صحة الإيمان بالله عز وجل، واتباع ما جاء به رسوله صلى الله عليه وسلم ظاهراً وباطناً. ولذا قال أبو يزيد رحمه الله:لو أن رجلاً بسط مصلاه على الماء وتربع في الهواء فلا تغتروا به حتى تنظروا كيف تجدونه في الأمر والنهي . وقيل له: إن فلاناً يمر في ليلة إلى مكة، فقال:إن الشيطان يمر في لحظة من المشرق إلى المغرب . وقيل له: إن فلاناً يمشي على الماء، فقال:الحيتان في الماء والطير في الهواء أعجب من ذلك [2].
[1] يقول الله تعالى: (فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ). سورة هود، الآية 112.
[2] حُكِي للإمام الشافعي رحمه الله ما قاله الليث بن سعد رحمه الله فقيه مصر ومفتيها في زمانه: "لو رأيتم الرجل يمشي على الماء فلا تعتدوا به ولا تغتروا به حتى تعرضوه على كتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم"، فقال: "لقد قصَّر الليث، لو رأيتم الرجل يمشي على الماء أو يطير في الهواء فلا تعتدوا به ولا تغتروا به حتى تعرضوه على كتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإن الشيطان يطير من المشرق إلى المغرب".
Berkata Syaikh Ibnu 'Athooillaah as-Sakandari rochimahullaahu Ta'aalaa :
Terkadang karomah tidaklah diberikan bagi seseorang kecuali berupa istiqomah. Maksudnya : karomah yang merupakan kejadian luar biasa tidaklah berarti bagi orang-orang ahli hakikat sebab karomah yang sesungguhnya bagi mereka adalah istiqomah 1]. Rujukan dan sandaran istiqomah adalah ke-abshoh-an iman kepada Allaah 'Azza wa Jalla dan mengikuti segala yang diajarkan baginda Nabi Muchammad Shollallaahu 'Alayhi wa Sallam secara lahir dan bathin.
Kernanya Abu Yazid al-Busthomi berkata “Bila seorang mampu menggelar sajadah tempat sholatnya diatas air, mampu duduk bersila diudara maka janganlah sesekali kalian tertipu hingga kalian jumpai bagaimana dirinya dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allaah”. Ditanyakanpada Abu Yazid “Sesungguhnya si fulan mampu berjalan disatu malam menuju Makkah” Beliau menjawab “Sesungguhnya setan mampu berjalan dari ujung timur keujung barat dalam sekejap mata”
Ditanyakan pada Abu Yazid “Sesungguhnya si fulan mampu berjalan diatas air”
Beliau menjawab “Ikan-ikan di air, burung-burung di udara lebih mengherankan ketimbang hal itu”.
1]. Allaahu Ta'aalaa berfirman : Maka istiqomahlah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (QS. Huud : 112)
2]. Al Imam asy-Syafi'i Rochimahullaah menceritakan apa yang diucapkan Al-Layts ibn Sa'ad seorang Faqih dan Mufti Meshir di zamannya. ''Jika kalian melihat seorang yang bisa mengambang di atas air, maka janganlah tertipu olehnya, sehingga kalian serahkan urusannya kepada al Qur-aan dan Sunnah Rosuulullaah Shollallaahu 'Alayhi wa Sallam.” maka dikatakan ucapan ringkas al-Laits : ''Jika kalian melihat seseorang yang mampu berjalan di atas air dan terbang di angkasa, maka janganlah kalian tertipu olehnya, sehingga kalian serahkan urusannya kepada al Qur-aan dan Sunnah Rosuulullaah Shollallaahu 'Alayhi wa Sallam.”Sesungguhnya setan-setan terbang dari timur ke barat. [Syarh al-Hikam al-‘Athooillah I/126]

Sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Ibnu Taimiyyah, bahawasannya dari kalangan Shochabat, Tabi'in rodliyallaahu 'anhum ajma'iin dan para salaf ash-Sholich rochimahullaahu Ta'aalaa banyaklah yang memiliki ''karomah''. Dari Shochabat Abu Bakar rodliyallaahu 'anh pun beliau pula ada karomah. Kami ambil satu contoh lain sebagaimana terdapat dalam Shochih Muslim, kisah shochabat yang melihat Malaikat :

وما أخرجه مسلم عن أبي سعيد الخدري : أن أسيد بن حضير بينما هو ليلة يقرأ في مربده إذ جالت فرسه فقرأ ثم جالت أخرى فقرأ ثم جالت أيضا قال أسيد فخشيت أن تطأ يحيى فقمت إليها فإذا مثل الظلة فوق رأسي فيها أمثال السرج عرجت في الجو حتى ما أراها قال فغدوت على رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت يا رسول الله بينما أنا البارحة من جوف الليل أقرأ في مربدي إذ جالت فرسي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم اقرإ بن حضير قال فقرأت ثم جالت أيضا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم اقرإ بن حضير قال فقرأت ثم جالت أيضا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم اقرإ بن حضير قال فانصرفت وكان يحيى قريبا منها خشيت أن تطأه فرأيت مثل الظلة فيها أمثال السرج عرجت في الجو حتى ما أراها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم تلك الملائكة كانت تستمع لك ولو قرأت لأصبحت يراها الناس ما تستتر منهم .
[صحيح مسلم بتحقيق محمد فؤاد عبد الباقي ج1 ص 584 ح 796 ط. دار إحياء التراث العربي / بيروت ، صحيح البخاري ج4 ص 1916 ط. دار ابن كثير – دار اليمامة / بيروت سنة 1407 هـ 1987م ]
Dalam Shohih Muslim, dari Abu Sa’iad al-Khudrii (rodliyallaahu ‘anhu) :
“Pada suatu malam, Usaid bin Chudhoir membaca al Qur-aan di tempat pengolahan kurma milik beliau. Tiba-tiba kuda milik beliau melompat-melompat. Lalu beliau terus membacanya lagi, dan kudanya terus melompat-lompatlagi. Beliau membaca lagi, dan kudanya pun melompat-lompatlagi.”
Beliau berkata: “Kerana aku khawatir kuda tersebut akan menginjak anakku si Yahya, maka aku pun mendekatinya. Tiba-tiba aku nampak seperti ada naungan awan di atas kepalaku. Di dalamnya ada semacam lampu, lalu ia naik ke angkasa sehingga tidak terlihat lagi olehku.”
Beliau berkata lagi: “Keesokan harinya aku pun menemui Rosuulullaah dan aku berkata: “Wahai Rosuulullaah, tengah malam tadi ketika aku sedang membaca al Qur-aan di tempat pengolahan kurma milikku tiba-tiba kudaku melompat-lompat.” Rosuulullaah pun berkata:
“Teruskan (ceritamu) wahai Ibnu Chudhoir!” Usaid berkata: “Aku pun terus membacanya lagi (pada waktu malam). Tiba-tiba kudaku melompat-lompatlagi.” Rosuulullaah pun berkata lagi:
“Teruskan wahai Ibnu Chudhoir!” Usaid berkata: “Aku pun terus membacanya lagi (pada waktu malam). Tiba-tiba kudaku melompat-lompat lagi.” Rosuulullaah pun berkata lagi:
“Teruskan wahai Ibnu Chudhoir!” Usaid menjawab: “Lalu aku pun menoleh, kerana anakku berada berdekatan dengan kuda tersebut dan aku khawatir jika kuda tersebut menginjaknya. Tiba-tiba aku melihat sesuatu seperti awan (naungan), di dalamnya ada seperti lampu. Lalu ia naik ke angkasa sehingga aku tidak melihatnya lagi.” Kemudian Rosuulullaah berkata:
“Itu adalah para malaikat yang turun kerana mendengar engkau membaca al Qur-aan.” Seandainya engkau terus membacanya, tentu ia akan terlihat oleh manusia. Ia tidak akan bersembunyi dari mereka.”

- Istidroj
Istidroj secara bahasa diambil dari kata da-ro-ja ( درج ) yang artinya naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. Sementara istidroj dari Allaah kepada hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allaah biarkan orang ini dan tidak disegerakan adzabnya. Allaah Berfirman :
سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لاَ يَعْلَمُونَ
“Nanti Kami akan Menghukum mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” (QS. Al-Qolam: 44)'' [Al-Mu’jam Al-Lughoh Al-Arobiyah, kata: da-ro-ja)

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ"، ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}. أخرجه أحمد (4/145 ، رقم 17349) ، والطبراني فى الكبير (17/330 ، رقم 913) ، وفى الأوسط (9/110 ، رقم 9272) ، قال الهيثمي (10/245) : رواه الطبراني فى الأوسط عن شيخه الوليد بن العباس المصرى ، وهو ضعيف. والبيهقي فى شعب الإيمان (4/128 ، رقم 4540)
Dari 'Uqbah bin 'Aamir rodliyallaahu 'anhu, dari Nabi Shollallaahu 'Alayhi wa Sallam beliau bersabda : ''Jika engkau melihat Allaahu Ta'aalaa Memberikan kepada seorang hamba keni'matan duniawi yang dia senangi dengan melakukan kema'siatan, sesungguhnya itu adalah istidroj. Kemudian Rosuulullaah Shollallaahu 'Alayhi wa Sallam membaca Ayat yang artinya: “Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa (Q.S al-An’aam:44)''

Istidroj Allaah kepada hamba-Nya adalah jelas merupakan ni'mat yang didapati kerna kelalaian, kema'siatan hamba, yang dengan itu Allaahu Ta'aalaa akan Membinasakan mereka. Jadi sangat bertolak belakang dengan karomah Allaah kepada para wali-Nya yang diberikan kerna ktaqwaan, keta'atan dan dengannya Allaahu Ta'aalaa melebihkan derajad diantara hamba lainnya.
Maka jelaslah perbezaan antara kromatul awliya dengan istidroj iaitu dengan berdasat al Qur-aan wa al Hadits. Dimana sebuah karomah tidak bisa lepas dengan ketaqwaan seorang hamba, sedang istidroj merupakan ni'mat yang diberikan-Nya diatas kelalaian kema'siatan hamba.
''Oleh kernanya tiada alasan lagi untuk memvonis kemampuan luarbiasa (karomah) yang dimiliki oleh Waliyullaah sebagai istidroj.

* Karomah Bukanlah Tujuan
Terkadang seseorang salah dalam memahami keberadaan karomah, bahawa iainya merupakan tujuan dalam memperjalankan hati ataupun tazkiyatun nufus. Yang sebenarnya adalah karomah merupakan mutlak anugerah Ilahi kepada para kekasih-Nya. Kerna yang sebenarnya apa yang menjadi tujuan dari para Arif Billaah adalah sebuah kesinambungan (istiqomah) dalam beramal sesuai Titah al-Haq :

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ. (سورة هود، الآية 112)
''Maka istiqomahlah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.'' (QS. Huud : 112)

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلىَ اﷲِأَدْومُهَا وَإِنْ قَلَّ (رواه الشيخان عن عائشة
“Pekerjaan-pekerjaan yang lebih Disukai Allaah adalah pekerjaan yang terus-menerus dikerjakan meskipun pekerjaan itu sedikit”. (HR. Bukhori dan Muslim dari ‘Aaisyah)
Disamping itu, sebenarnya ada suatu ni'mat yang lebih tinggi derajat dan keutamaannya dibanding daripada karomah iaitu ''istiqomah''. Selain merupakan suatu Perintah (Q.S Huud : 112), istiqomah ternyata memiliki ketinggian derajad yang jauh melebihi kekeramatan pada para wali Allaah.

( استقيموا ) : أي : على جادة الشريعة والطريقة والحقيقة فإن الاستقامة خير من ألف كرامة وهي الثبات على العقيدة الصحيحة . والمداومة على العلم النافع والعمل الصالح ، والإخلاص الخالص ، والحضور مع الله والغيبة عن شهود ما سواه .
[مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح : كتاب العلم ]
(Ibnu Hajar) Istiqomahlah.!
Iaitu bersungguh-sungguhlah menjalankan syari'at, Thoriqoh dan hakikat kerana sesungguhnya istiqomah itu lebih utama dibandingkan seribu karomah.
Istiqomah adalah konsekuen pada akidah yang benar, melanggengkan diri pada ilmu yang bermanfa'at, beramal sholih, ikhlas yang murni, selalu khudur pada hadhirot Allaah serta berpaling dari selain Allaah. [
Marqooh al-Mafaatiich Syarh al-Misykaat al-Mashoobiich : kitab 'Ilmu II/193]

لا شك أن الاستقامة خير من ألف كرامة لكونها أصعب من جسر القيامة ، مع أنها أدق من الشعر ، وأمر من الصبر ، وأحد من السيف ، وأحر من الصيف
[مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح : كتاب الآداب ]
''Tidak diragukan bahwa “Istiqomah lebih utama dibandingkan seribu karomah” kerana jalan istiqomah lebih sulit daripada menapaki titian yang membentang dihari kiamat meski ia lebih lembut dibanding rambut, lebih pahit daripada kesabaran, lebih tajam ketimbang mata pedang dan lebih terik dibandingkan musim panas.'' [Marqooh al-Mafaatiich Syarh al-Misykaat al-Mashoobiich Kitab al-Adaab : bab Menangis dan Takut 15/290]

فَالْخَارِقُ ثَلَاثَةُ أَنْوَاعٍ: مَحْمُودٌ فِي الدِّينِ، وَمَذْمُومٌ، وَمُبَاحٌ. فَإِنْ كَانَ الْمُبَاحُ فِيهِ مَنْفَعَةٌ كَانَ نِعْمَةً، وَإِلَّا فَهُوَ كَسَائِرِ الْمُبَاحَاتِ الَّتِي لَا مَنْفَعَةَ فِيهَا قَالَ أَبُو عَلِيٍّ الْجَوْزَجَانِيُّ: كُنْ طَالِبًا لِلِاسْتِقَامَةِ، لَا طَالِبًا لِلْكَرَامَةِ، فَإِنَّ نَفْسَكَ مُتَحَرِّكَةٌ فِي طَلَبِ الْكَرَامَةِ، وَرَبُّكَ يَطْلُبُ مِنْكَ الِاسْتِقَامَةَ. [(مجموع فتاوى ابن تيمية)) (11/320)، و((شرح الطحاوية)) (ص: 496)]
“Kemampuan luar biasa itu ada tiga : Iaitu yang terpuji di dalam agama, yang tercela, dan yang mubah. Apabila sesuatu yang mubah itu memiliki manfaat (dalam agama), berma'na ia termasuk Kurnia Allaah di dunia yang berupa ni'mat. Tetapi sekiranya tidak, berma'na ia tidak ubah sebagaimana hal-hal lainnya yang tidak bermanfaat. Berkata Abu 'Ali al-Jawzajaani : ''Jadilah pencari istiqomah, janganlah mencari karomah. Sesungguhnya dirimu memilih untuk mencari karomah. Dan sedangkan Robb-mu menginginkan keistiqomahanmu.'' (Majmu' Fatawi 11/230 : Syarah Thohawiyah 496)

* Karomah Ditampakkan-Nya Bisa dalam Sebab :
Sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa 11/283 :

يقول شيخ الإسلام ابن تيمية: ومما ينبغي أنْ يُعرف أنّ الكرامات قد تكون بحسب الحاجة ، فإذا احتاج إليها الرجل لضعف الإيمان أو المحتاج إياه أتاه منها ما يقوي إيمانه ويسد حاجته ، ويكون من هو أكمل ولاية لله مستغنياً عن ذلك فلا يأتيه مثل ذلك لعلو درجته ، وغناه عنها لا لنقص ولايته ، ولهذا كانت هذه الأمور في التابعين أكثر منها في الصحابة بخلاف من يجري على يديه الخوارق لهدى الخلق وحاجتهم فهؤلاء أعظم درجة. (مجموع الفتاوى: ابن تيمية 11/283).
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah : ''“Dan di antara yang perlu diketahui adalah karomah adakalanya bersesuaian dengan hajat seseorang. Apabila seseorang yang lemah imannya, atau orang yang sedang dalam keadaan memerlukan (terdesak), maka karomah pun ditampakkan di hadapannya dalam rangka agar keimanannya (terhadap kebenaran) bertambah kuat, dan keperluannya terpenuhi.
Manakala orang yang kewaliannya (ketaqwaannya) terhadap Allaah lebih sempurna, maka ia tidak diperlukan asbab ketinggian derajat. Oleh sebab itu, perkara-perkara ini berlaku ke atas para tabi’in lebih banyak berbanding di masa generasi shochabat. Berbeza dengan orang-orang yang diberi di hadapannya beberapa kemampuan tersebut, dengan tujuan sarana menuju hidayah kepada manusia dan untuk memenuhi keperluan mereka. Maka bagi mereka derajat yang agung.''

* Tiga Kesudahan Bagi Golongan Yang Mendapati Karomah :
وأما ما يبتلي الله به عبده ، من السر بخرق العادة أو بغيرها أو بالضراء - فليس ذلك لأجل كرامة العبد على ربه ولا هوانه عليه ، بل قد سعد بها قوم إذا أطاعوه ، وشقي بها قوم إذا عصوه ، كما قال تعالى : فأما الإنسان إذا ما ابتلاه ربه فأكرمه ونعمه فيقول ربي أكرمن وأما إذا ما ابتلاه فقدر عليه رزقه فيقول ربي أهانن كلا [ الفجر : 15 - 17 ] .
ولهذا كان الناس في هذه الأمور ثلاثة أقسام : قسم ترتفع درجتهم بخرق العادة ، وقسم يتعرضون بها لعذاب الله ، وقسم يكون في حقهم بمنزلة المباحات ، كما تقدم . [شرح العقيدة الطحاوية » كرامات الأولياء » المحمود من الخوارق والمذموم والمباح : الجزء الثاني : ص: 749]
“Adapun ujian yang Allaah berikan untuk para hamba-Nya berupa kegembiraan menerima karomah, dan yang lainnya, atau berupa kesusahan atas dirinya, itu semua bukanlah disebabkan kemuliaan atau kehinaan seseorang hamba di hadapan Allaah. Tetapi sebahagian orang ada yang akhirnya berbahagia dengan sebab perkara-perkara tersebut, bahkan sebaliknya ada juga yang celaka. Ini adalah sebagaimana Firman Allaah Ta’aalaa:
“Adapun manusia, apabila Robb-nya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi kesenangan oleh Allaah, maka dia pun berkata: “Tuhanku telah memuliakanku.” Adapun bila Robb-nya mengujinya lalu membatasi rizqinya, maka dia berkata: “Tuhan-ku telah menghinakanku.” Sekali-kali tidak (demikian)…” (QS. Al-Fajr 15-17)
Maka dari sini, manusia itu terbahagi menjadi tiga golongan:
1, Golongan yang bertambah darjat kedudukannya dengan kurnia tersebut.
2, Golongan yang dengan sebab perkara tersebut melencong ke arah ancaman mendapat adzab Allaah.
3, Dan satu golongan lagi yang dengan keupayaan luar biasa tersebut tidak mengubah apa-apa pun dan ianya dianggap tidak ubah seperti perkara-perkara biasa lainnya saja.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thohawiyah, m/s. 215 – Tahqiq Achmad Muchammad Syakir).

Kesimpulan akhir :
Setiap kejadian diluar kemampuan manusia biasa pada umumnya (karomah pen.), maka harus dikembalikan kepada Syari'at. Iaitu lihatlah keseharian orang tersebut dalam menjalankan Titah Allaah (Kitabullaah) dan Sunnah Nabiyullaah. Namun apabila kita temukan sesutu yang berselisih dari keduanya setelah kita tahu seseorang itu sholich, maka ''diam daripadanya adalah selamat''.

Pesan Ustaz Adnan Che Abu di FB beliau: “Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3:
إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرها ليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم. .
“Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli Tasawwuf dan kesempurnaan zahirnya tidak sesuai bagi syariatnya Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada natijah yang buruk. Kerana sebahagian daripada kalimah-perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya daripada isi al-Quran al-Karim, dan haditsnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar